Wednesday 23 July 2008

Arghh!!

Hari ni terlewat datang ke sekolah, yelah pagi tu sibuk sangat kemas almari buku. Yelah dah macam TONGKANG PECAH dah almari tu, malas sangat. Masa sampai dekat sekolah, semua dah baca yasin maklumlah murid darjah enam. Macam mana ni? Sampai-sampai terus je duduk.. Tak kisah dah apapun. Masa belajar pula masa matematik banyak sekali. Malas sungguh nak kira.. Nak pecah dah kepala otak. Dahlah 28 ni periksa percubaan, aduh berdebarnya.. Wish me good luck!! Apapun semangat itu harus ada.. Okeylah setakat ini sahaja.
Kepada murid darjah enam selamat berjaya!!!

Assalamualaikum..

Tuesday 22 July 2008

Kalut

<span style="color: rgb(255, 255, 255);font-family:arial;" >Hari ni kalut sangat. Ini gara-gara kerja bahasa inggeris yang tertangguh itu. Stress gila tadi nak jerit pun ada tapi sabarlah kerana setiap kerja harus dibuat dengan hati yang ikhlas barulah siap dan elok kerja itu. Betul tak? Masa makan tengah hari, adalah dua orang kawan aku pergi beli keropok dekat luar. Lama jugak mereka pergi, tapi aku tak perasan pun yalah sibuk sangat bercakap sampai kawan tak mari pun tak sedar. Teruk sungguh ;) . nak jadi cerita ada orang gila mari dekat mereka. Asyiah sampai menangis bila sampai. Dia kata dia trauma sangat. Ish-ish bahaya sungguh. Kalau aku entahlah bagaimana? Mungkin aku lari atau menjerit. Mudah-mudahan perkara itu tak berlaku lagi. Aminnn......
Okeylah sampai sini sahaja...

Good Night..